Lihat Bagaimana Bisnes Di Shopee Ini Dapat Mengubah Hidup Mereka Menjadi Lebih Baik!


Al-Kisahnya.....!

Pada mulanya, saya berniaga di Shopee ini senyap-senyap je!

Saya buat sendiri-sendiri je... 


Memang takder lah nak mengajar atau bagitahu kat sesiapa pun!

Tapi! Pandangan saya berubah apabila saya bertemu dengan beberapa orang kenalan rapat yang mengadu kepada saya tentang masalah mereka untuk menjana pendapatan sampingan serta mendapatkan jualan bagi perniagaan mereka!

Ini kisah mereka...


Kisah #1 - Mr Goon, Pemilik Kedai Baju Yang Hampir Tutup!

Mr Goon ini adalah pemilik kedai menjual pakaian lelaki di sebuah kompleks membeli belah di selatan tanah air, sebelum ini dia dah ada 4 buah kedai, tetapi disebabkan keadaan ekonomi yang tak berapa baik, peniagaannya jatuh merosot, 3 kedainya terpaksa ditutup dan dia hanya tinggalkan 1 buah kedai sahaja yang terus dibuka sebab mahu mengurangkan kos. 

Dia ada ceritakan masalah yang dihadapi kepada saya dan dia  tidak pasti sampai bilakah 1 kedai dia tu dapat bertahan kerana pelanggan semakin berkurang dari sehari ke sehari. 

Saya pun ceritalah kat dia macam mana cara saya menjual di Shopee. 

Tanpa berlengah, dia pun cuba  mempraktikkannya dan mula menyenaraikan semua pakaian yang dijualnya di kedai Shopee dia, hasilnya, pendapatan dia  kini semakin meningkat dengan kos yang menurun, dia  berjaya mendapat pelanggan baru di Shopee. 

Jika sebelum ini kedainya hanya bergantung kepada pengunjung kompleks tersebut, kini pakaian yang di jual telah sampai ke seluruh Malaysia.  

Sekarang dia dah buka 4 kedai baru, tapi bukan kedai kat  kompleks tu... tetapi kedai di Shopee dengan pelbagai nama.








Kisah #2 - En. Rahman, Gaji Tak Cukup & OT Kena Sekat!

En Rahman ni usianya sudah 50 tahun, dia seorang pekerja kerajaan pangkat biasa-biasa sahaja. Bila jumpa dia, selalu dia merungut tentang pendapatannya yang tidak cukup dan OT yang telah disekat.

Jadi, saya pun perkenalkan Shopee kepada dia. Walaupun dia adalah seorang yang boleh dikatakan agak berumur dan buta IT, tetapi dia mudah faham apabila menggunakan Apps Shopee ini.

Dengan hanya berbekalkan handphone Samsung Galaxy yang ada, dia telah mendownload Apps Shopee dan mula belajar.

Sebelum itu, dia kerap membeli produk menambah kekuatan tenaga lelaki daripada seorang penjual. Jadi, saya cadangkan kepada dia untuk bertanya kepada penjual itu, samada penjual tu ada menawarkan dropship atau borong.

Nasib dia baik sebab penjual tu bersetuju menawarkan dropship kepadanya dan keuntungan setiap barang agak lumayan!  RM50 untung bersih untuk satu produk.

En Rahman pun cuba-cuba memasukkan info produk tersebut di dalam kedai Shopeenya, dan tidak lama selepas itu, dia dapat pelanggan pertama. 


Apa lagi, terus dia call penjual tadi tu dan tempah produk daripada penjual itu. Kemudian penjual itu terus hantar produk tu kepada pembelinya. 

Dalam minggu pertama, dia dah berjaya dapat 10 orang pembeli dengan keuntungan bersih sebanyak RM500 seminggu. 

Sekarang kedai En. Rahman semakin hebat dengan beratus-ratus jenis produk, pelanggan semakin bertambah dan dia  tidak lagi memerlukan OT dan sedang berkira-kira untuk pencen awal.








Kisah #3 - Kartini, Awek Baru Lepas Grad!

Cik Kartini, 25 tahun seorang lulusan Ijazah daripada universiti tempatan, dia gagal mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakannya walaupun telah hadir berpuluh-puluh temuduga.

Bagi menampung pendapatan, dan membantu ibu bapanya, dia telah bekerja di sebuah supermarket berhampiran rumahnya sebagai promoter. 


Gaji yang dia  terima adalah untuk kelayakan SPM sahaja, tetapi memandangkan peluang kerjaya masih belum ada untuknya, dia teruskan juga bekerja disitu.

Apabila saya menerangkan tentang konsep Shopee kepada dia dan dia menggunakan kelebihan bekerja disitu dan mengamalkan Teknik Firefighter (ada saya kongsikan dalam ebook), dia semakin seronok bekerja sambil-sambil menjual di Shopee, sekarang pendapatan dari Shopee dia dah cecah 5 kali ganda daripada gaji seorang promoter. 


Dia masih lagi bekerja sebagai promoter sambil-sambil ber"Shopee" kerana bisnes Shopee yang dia lakukan itu tidak langsung mengganggu kerja dia sebagai promoter!








Kisah #4 - Puan Jamilah,  Kerani Yang Selalu Sakit!

Puan Jamilah, 37 tahun, seorang kerani yang bekerja di sebuah syarikat swasta, keadaan beliau sebenarnya tidak berapa sihat untuk bekerja. 

Beliau kerap tidak dapat hadir ke pejabat kerana masalah kesihatan menyebabkan gajinya kerap dipotong. 

Gaji diterimanya tidak cukup untuk menampung keperluan hariannya menyebabkan saya terpanggil untuk mengajar dia menjual di Shopee. 

Beliau memilih untuk menjual pakaian muslimah di kedai Shopeenya. 

Juga menggunakan konsep dropship, keuntungan bagi setiap pasang baju ialah sebanyak RM15. 

Bermula dengan 20 jenis produk, dari sebuah syarikat, dalam sebulan operasi, beliau dah berjaya menjual kepada hampir 50 orang pelanggan. 

Kini kedai shopee beliau semakin banyak pilihan, dengan 5 pembekal baju muslimah dan 200 jenis produk. Semuanya menggunakan konsep dropship. 

Beliau tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak dan tak perlu menyimpan stok barang.

Sekarang, beliau telah pun berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa dengan perniagaan online dan bercadang untuk membuka butik muslimah jenama beliau sendiri kelak.









Hah!... begitulah kisahnya!

Setelah saya bertemu dan mengajarkan beberapa orang kenalan saya ini tentang Shopee dan melihat sendiri bagaimana Shopee ini dapat mengubah hidup mereka menjadi lebih baik!


Ianya telah mengubah pandangan dan menyuntik semangat saya untuk mengajarkan tentang Bisnes di Shopee ini kepada lebih ramai orang lagi!

Jadi.. saya pun mengambil keputusan untuk meluangkan masa menulis sebuah panduan berniaga di Shopee secara langkah demi langkah!  Selepas hampir 3 bulan mencuri-curi masa di dalam kesibukan mengurus order di Shopee...

Akhirnya.. terhasil lah....


Ebook Bisnes Shopee!!.




"APA YG BEST DGN EBOOK NI TUAN"?

Ebook ni akan tunjukkan langkah demi langkah , dari mula daftar akaun di shopee, cara nak masukkan barang hinggalah sampai kepada nak pos barang tu kepada pembeli!
.
.
Memang Complete!
.
.
Antara perkara-perkara penting yang ditulis di dalam ebook ini ialah...

.
(√) Cara mendaftar dan set kedai anda! Sama ada menggunakan apps di smartphone atau di browser komputer anda! Ada ditunjukkan kedua-dua caranya!
.

(√) Cara masukkan produk ke dalam kedai Shopee anda! Dalam bab ini, memang ada di share Tips-tips berkaitan pemilihan gambar yang mahu dimasukkan serta apakah bentuk dan contoh description yang terbaik yang boleh anda gunakan!
.

(√) Cara nak menguruskan order!.. Ini pun penting juga! Bila dah dapat order, macam mana nak bungkus? Borang apa nak print?, Macam mana kalau tetiba stok habis pula? Apa nak buat? Semuanya ada di terangkan dalam bab mengurus order!
.

(√) 6 Langkah Setel Problem barang Tak Sampai/Rosak!

Ya! Dari beratus-ratus barang yang kita hantar kepada pelanggan, mungkin akan ada 1-2 yang rosak atau gagal diterima oleh pihak pelanggan! Jadi, dlm ebook ni akan share langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk menghadapi pelanggan yang sedang marah agar mereka tenang dan cool down serta tidak meninggalkan bad rating di kedai anda!
.

(√) 4 Teknik Promosi yang boleh anda gunakan di dalam Shopee untuk mempromosikan kedai anda ke tahap maksimum agar lebih ramai yang akan nampak kedai dan produk anda!
.

(√) Anda masih tiada produk untuk dijual? Dalam ebook ni juga ada kongsikan 5 pihak yang boleh anda "Usha" untuk mendapatkan bekalan produk jualan anda di Shopee!
.

(√) Anda tiada modal untuk beli & simpan stok produk?, Juga jangan risau! Ada 3 kaedah niaga yang akan dikongsikan kepada anda yang mana, ianya tidak memerlukan anda untuk menyimpan stok untuk mula berniaga di Shopee!
.

(√) Apa yang lebih menarik!, Dalam ebook ni akan kongsikan juga "Pembekal Dropship" yang power dan boleh dipercayai! Pembekal ini ada lebih 100,000 produk yang boleh anda jual!, Jadi tiada lagi alasan untuk anda tidak mula berniaga di Shopee!
.

(√) Teknik 1000 Follower Seminggu! Hah! Ini teknik RAHSIA bagaimana mendapatkan follower yang ramai untuk kedai Shopee anda dalam masa yang singkat! Teknik ni "Advance" sikit! Anda takkan jumpa teknik ni di mana-mana website atau di mana-mana ebook yang lain! :)  
.
.
OH WOW! Apa tunggu lagi, sebelum ebook ni di tutup jualan, sebelum harga ebook ini dinaikkan. Jomm set up kedai anda sendiri di Shopee dengan teknik-teknik yang memukau ni..!
.
.

"TUAN, MCM NE NK DPTKAN EBOOK NI? TAKUT TAK SEMPATTT"...
.
.
...SABAR
...SABAR
...SABAR
.
TAPI SEBELUM TU, 

JIKA ANDA DAPATKAN EBOOK BISNES SHOPEE NI HARI INI JUGA!

ANDA AKAN DIBERIKAN 3 LAGI EBOOK BONUS ISTIMEWA YANG DAPAT MELENGKAPKAN LAGI ILMU ANDA UNTUK BERNIAGA DI SHOPEE'!


BONUS #1 : JUAL PRODUK TANPA PESAING




 BONUS #2 : 7 CARA PROMOSI SECARA PERCUMA!



BONUS #3 : STUDY CASE : 2 STRATEGI NIAGA TANPA MODAL DI SHOPEE!


"EXTRA BONUS"!

Ya! Tidak cukup dengan 3 ebook Bonus yang power diatas! 

Saya juga turut menyediakan sebuah **"Extra Bonus" khas untuk anda yang mendapatkan ebook ini pada hari ini!


.
.
"OMAIGAD,, ADA FREE KE?? NAK KENA CPT2 NI!"

Jangan tunggu harga dah MENCANAK NAIK atau jualan DITUTUP, baru nak order! Mudah jer.. Anda just perlu KLIK pic kat bawah ni..





Semoga Bermanfaat!

** Nak tahu apa "Extra Bonus" yang disediakan?, Sila Request untuk join Telegram di bawah! Anda boleh lihat dalam link yang akan saya reply kepada anda ya..





P/s : Korang boleh share artikel ni biar ramai dapat manfaatnya!
.

P/p/s:- Info dan ilmu di dalam ebook ini hanyalah bertujuan untuk membantu anda bermula dengan pantas tanpa anda perlu membuang masa, tenaga dan wang di dalam mencuba dan mencari-cari cara yang betul untuk mula berniaga di Shopee.
.

P/p/p/s:- Anda tidak akan rugi memiliki ebook ini, dengan pelaburan yang minima, sekiranya anda mengikut panduan di dalam ebook ini dengan betul seperti apa yang saya kongsikan, insyaAllah anda akan dapat membayar semula kos ebook ini tidak sampai seminggu pun apabila anda mula berniaga di Shopee.


Sekian,


Terima Kasih
.
.
.
.
.
.
.
Baca lagi –









No comments:

Post a Comment